Monday, 15 August 2011

3.3 Isu-Isu Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Setiap ahli sukan perlu menunjukkan prestasi yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Prestasi yang baik dapat dicapai melalui latihan yang berkesan serta dengan mengikut peraturan dan undang-undang. tetapi ada ahli sukan yang melakukan kesilapan . Mereka mengambil dadah sebagai jalan singat untuk mendapatkan kejayaan dengan mudah.

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Pengambilan dadah adalah salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam sukan kecuali untuk tujuan perubatan. Perbuatan mengambil dadah dalam sukan akan bawa kesan buruk kepada mereka.

Kesan Pengambilan Dadah dalam Sukan

Kebanyakan dadah yang diambil oleh ahli sukan ialah dadah jenis perangsang yang membawa kesan negatif kepada mereka.

Jenis Dadah

Cocaine
  • Mengalami sakit dada, sesak nafas dan pendarahan paru-paru
  • Mengurangkan keupayaan deria rasa sakit
Amphetamines
  • Mengalami sakit kepala, sakit dada, muntah, kekejangan otot, perut dan sawan
  • Menjejaskan fungsi sistem saraf 
Anabolic Steroids 
  • Mengakibatkan penyakit jantung, peningkatan tekanan darah, penyakit hati dan kanser.
  • Menjadi agresif dan mendorong tindakan diluar kawalan.
Beta blockers 
  • Mengakibatkan gangguan pada percakapan dan koordinasi anggota badan
  • Meningkatkan toksik dalam badan
  • mengakibatkan komplikasi dan penyakit jantung.

Monday, 8 August 2011

3.2 PENGURUSAN

Pengurusan bermaksud menjaga sesuatu supaya berkeadaan baik. Dalam sukan, menguruskan kesihatan diri secara terancang membantu kita meningkatkan kecergasan fizikal.


Pengurusan Diri


Kita perlu bersenam dan mengambil makanan seimbang untuk mendapatkan kesihatan yang baik. makanan seimbang mengandungi nutrien karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air


1) Pentingnya pengambilan makanan bervitamin dalam sukan.
    
  • salah satu nutrien yang diperlukan oleh tubu kita ialah vitamin.
  • kuantiti vitamin yang cukup perlu untuk mengekalkan kesihatan kita.
  • kita memerlukan vitamin A,B,C,D,E dan K dalam makanan harian.
  • pengambilan vitamin yang cukup dapat meningkatkan tahap kecergasan dan prestasi kita dalam sukan

2) Faedah vitamin dalam sukan

VITAMIN A
Sumber: Boleh didapati dengan pengambilan makanan seperti susu, telur, dan minyak ikan
Fungsi:Meningkatkan kesihatan kulit dan mata dan juga membantu pertumbuhan darag
Faedah kepada individu yang bersukan: Membantu mengekalkan kekuatan otot dan meningkatkan daya tumpuan


VITAMIN B
Sumber: Susu, telur, daging, bijirin dan sayuran
Fungsi: Membantu menghasilkan tenaga serta mengekalkan fungsi sistem saraf dan Membantu pencernaan dan pertumbuhan makanan.
Faedah kepada individu bersukan: Mengekalkan kecerdasan otak


VITAMIN C
Sumber: Buah-buahan jenis limau, buah betik, tomato, nanas dan sayuran hijau
Fungsi: Membantu memelihara kesihatan tulang, gigi dan gusi
Faedah kepada individu bersukan: Membantu mengekalkan kecergasan dan mempercepat pemulihan kecederaan.


VITAMIN D
Sumber: Susu, telur, minyak ikan, dan minyak sayuran
Fungsi: Memelihara dan menguatkan tulang dan gigi
Faedah kepada individu bersukan: meningkatkan kekuatan otot rangka dan tubuh


VITAMIN E
Sumber: Minyak, sayuran, kekacang dan bijirin
Fungsi: Membantu dalam pembentukan darah
Faedah kepada individu bersukan: membantu ahli sukan menjadi lebih bertenaga


VITAMIN K
Sumber: Sayuran hijau dan brokoli
Fungsi: Mempercepat pembekuan darah ketika luka atau cedera.
Faedah kepada individu bersukan: Membantu memulihkan kecederaan atau luka dengan segera





Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh melayari laman web ini

Pengurusan Alatan Sukan 




  1. Alatan sukan dan permainan terdiri daripada pelbagai jenis, bentuk, dan saiz serta diurus dengan cekap.
  2. Bilik alatan sukan adalah selamat jika kita menyimpan dan menyusun alatan dengan kemas
  3. pengurusan alatan sukan yang berkesan mengambilkira aspek-aspek berikut:
  • mudah diambil dan disimpan(mengikut label).
  • mudah dikira dan direkodkan.
  • menjimatkan ruang.
  • menjamin keselamatan alatan dan pengguna
Cara menyusun alatan didalam stor sukan:
  1. alatan berat disusun dibahagian bawah
  2. alatan kecil dan ringan disusun dibahagian atas
  3. alatan disusun mengikut bentuk.
  4. alatan disusun mengikut saiz.

maklumat tambahan





    Monday, 1 August 2011

    3.1 KESELAMATAN

    Dalam sukan, kemalangan dan kecederaan boleh berlaku akibat kecuaian. kejadian ini dapat dielakkan sekiranya kita mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa bersukan.

    Langkah-langkah Keselamatan Semasa Bersukan

    1. Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti
    2. Menggunakan alatan yang sesuai dengan aktivti
    3. Mengambil dan menggunakan alatan sukan dengan pengawasan guru.
    4. Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti
    5. menggunakan alatan sukan di tempat yang ditentukan
    6. memastikan guru sentiasa bersama-sama semasa menjalani aktiviti

    Penggunaan Alatan Sukan

    Acara balapan

    • Dalam acara larian pecut kita mestilah memastikan getah pelapik blok permulaan masih elok dan permukaannya tidak terkoyak
    • Begitu juga dengan acara larian berpagar, seseorang atlet itu mestilah pastikan papan pagar kukuh pada besi penyokong.
    • Dalam acara lari berganti-ganti, kita mestilah memastikan baton yang digunakan mengikut spesifikasi.
    • Akhir sekali pastikan spike tidak koyak dan saiz pakunya sesuai dengan acara dan permukaan balapan.
    Acara Padang

    • Bagi acara lontar peluru, kita mestilah pastikan peluru dan blok penahan tidak berkarat serta bersih.
    • Seterusnya dalam acara lompat jauh pula, pastikan permukaan kawasan mendarat terdiri daripada pasir serta tidak ada benda-benda tajam seperti batu dan kaca di situ.
    • Aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan dalam acara lompat jauh pula ialah memastikan palang tidak bengkok dan tiang kukuh serta tidak berkarat
    • Perkara lain yang perlu dititikberatkan ialah dengan memastikan ketebalan tilam yang sesuai dan juga papan lonjakan kukuh, rata dan jelas dilihat.