Langkah-langkah Keselamatan Semasa Bersukan
- Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti
- Menggunakan alatan yang sesuai dengan aktivti
- Mengambil dan menggunakan alatan sukan dengan pengawasan guru.
- Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti
- menggunakan alatan sukan di tempat yang ditentukan
- memastikan guru sentiasa bersama-sama semasa menjalani aktiviti
Penggunaan Alatan Sukan
Acara balapan
- Dalam acara larian pecut kita mestilah memastikan getah pelapik blok permulaan masih elok dan permukaannya tidak terkoyak
- Begitu juga dengan acara larian berpagar, seseorang atlet itu mestilah pastikan papan pagar kukuh pada besi penyokong.
- Dalam acara lari berganti-ganti, kita mestilah memastikan baton yang digunakan mengikut spesifikasi.
- Akhir sekali pastikan spike tidak koyak dan saiz pakunya sesuai dengan acara dan permukaan balapan.
Acara Padang
- Bagi acara lontar peluru, kita mestilah pastikan peluru dan blok penahan tidak berkarat serta bersih.
- Seterusnya dalam acara lompat jauh pula, pastikan permukaan kawasan mendarat terdiri daripada pasir serta tidak ada benda-benda tajam seperti batu dan kaca di situ.
- Aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan dalam acara lompat jauh pula ialah memastikan palang tidak bengkok dan tiang kukuh serta tidak berkarat
- Perkara lain yang perlu dititikberatkan ialah dengan memastikan ketebalan tilam yang sesuai dan juga papan lonjakan kukuh, rata dan jelas dilihat.

jika ada kemusykilan boleh bertanya semasa dalam kelas..
ReplyDelete