Pengurusan Diri
Kita perlu bersenam dan mengambil makanan seimbang untuk mendapatkan kesihatan yang baik. makanan seimbang mengandungi nutrien karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air
1) Pentingnya pengambilan makanan bervitamin dalam sukan.
- salah satu nutrien yang diperlukan oleh tubu kita ialah vitamin.
- kuantiti vitamin yang cukup perlu untuk mengekalkan kesihatan kita.
- kita memerlukan vitamin A,B,C,D,E dan K dalam makanan harian.
- pengambilan vitamin yang cukup dapat meningkatkan tahap kecergasan dan prestasi kita dalam sukan
2) Faedah vitamin dalam sukan
VITAMIN A
Sumber: Boleh didapati dengan pengambilan makanan seperti susu, telur, dan minyak ikan
Fungsi:Meningkatkan kesihatan kulit dan mata dan juga membantu pertumbuhan darag
Faedah kepada individu yang bersukan: Membantu mengekalkan kekuatan otot dan meningkatkan daya tumpuan
VITAMIN B
Sumber: Susu, telur, daging, bijirin dan sayuran
Fungsi: Membantu menghasilkan tenaga serta mengekalkan fungsi sistem saraf dan Membantu pencernaan dan pertumbuhan makanan.
Faedah kepada individu bersukan: Mengekalkan kecerdasan otak
VITAMIN C
Sumber: Buah-buahan jenis limau, buah betik, tomato, nanas dan sayuran hijau
Fungsi: Membantu memelihara kesihatan tulang, gigi dan gusi
Faedah kepada individu bersukan: Membantu mengekalkan kecergasan dan mempercepat pemulihan kecederaan.
VITAMIN D
Sumber: Susu, telur, minyak ikan, dan minyak sayuran
Fungsi: Memelihara dan menguatkan tulang dan gigi
Faedah kepada individu bersukan: meningkatkan kekuatan otot rangka dan tubuh
VITAMIN E
Sumber: Minyak, sayuran, kekacang dan bijirin
Fungsi: Membantu dalam pembentukan darah
Faedah kepada individu bersukan: membantu ahli sukan menjadi lebih bertenaga
VITAMIN K
Sumber: Sayuran hijau dan brokoli
Fungsi: Mempercepat pembekuan darah ketika luka atau cedera.
Faedah kepada individu bersukan: Membantu memulihkan kecederaan atau luka dengan segera
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh melayari laman web ini
Pengurusan Alatan Sukan
- Alatan sukan dan permainan terdiri daripada pelbagai jenis, bentuk, dan saiz serta diurus dengan cekap.
- Bilik alatan sukan adalah selamat jika kita menyimpan dan menyusun alatan dengan kemas
- pengurusan alatan sukan yang berkesan mengambilkira aspek-aspek berikut:
- mudah diambil dan disimpan(mengikut label).
- mudah dikira dan direkodkan.
- menjimatkan ruang.
- menjamin keselamatan alatan dan pengguna
- alatan berat disusun dibahagian bawah
- alatan kecil dan ringan disusun dibahagian atas
- alatan disusun mengikut bentuk.
- alatan disusun mengikut saiz.
maklumat tambahan

No comments:
Post a Comment