Monday, 15 August 2011

3.3 Isu-Isu Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Setiap ahli sukan perlu menunjukkan prestasi yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Prestasi yang baik dapat dicapai melalui latihan yang berkesan serta dengan mengikut peraturan dan undang-undang. tetapi ada ahli sukan yang melakukan kesilapan . Mereka mengambil dadah sebagai jalan singat untuk mendapatkan kejayaan dengan mudah.

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Pengambilan dadah adalah salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam sukan kecuali untuk tujuan perubatan. Perbuatan mengambil dadah dalam sukan akan bawa kesan buruk kepada mereka.

Kesan Pengambilan Dadah dalam Sukan

Kebanyakan dadah yang diambil oleh ahli sukan ialah dadah jenis perangsang yang membawa kesan negatif kepada mereka.

Jenis Dadah

Cocaine
  • Mengalami sakit dada, sesak nafas dan pendarahan paru-paru
  • Mengurangkan keupayaan deria rasa sakit
Amphetamines
  • Mengalami sakit kepala, sakit dada, muntah, kekejangan otot, perut dan sawan
  • Menjejaskan fungsi sistem saraf 
Anabolic Steroids 
  • Mengakibatkan penyakit jantung, peningkatan tekanan darah, penyakit hati dan kanser.
  • Menjadi agresif dan mendorong tindakan diluar kawalan.
Beta blockers 
  • Mengakibatkan gangguan pada percakapan dan koordinasi anggota badan
  • Meningkatkan toksik dalam badan
  • mengakibatkan komplikasi dan penyakit jantung.

4 comments:

  1. saya ada soalan nak tya cikgu, bagaimanakah kita boleh kesan atlet ada mengambil dadah???

    ReplyDelete
  2. kita boleh mengesan pengambilan dadah ini melalui ujian air kencing??

    ReplyDelete
  3. bagaimanakah prestasi atlet selepas mengambil dadah?

    ReplyDelete
  4. prestasi atlet akan meningkat namun dalam jangka masa yang panjang ianya boleh menyebabkan kesan seperti ketagihan dan juga merosakkan sistem badan

    ReplyDelete